AKTIVITI MINGGU INI


UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768

GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.

PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Wednesday, February 22, 2006

SMTK mencatat kemenangan


Sek. Men. Teknik Kemaman (SMTK) terus mencatat kemenagan untuk kali kedua berturut-turut dalam acara bola sepak Lelaki 18. Seperti diduga , pada hari ini pasukan SMTK membelasah pasukan SMK Cheneh Baru 5-2 dan pada dua hari lepas SMTK mengalahkan SMK Felda Neram dengan jaringan 3-0 untuk mendahului pasukan lain dalam zon 1 MSSMD Kemaman. Reputasi pasukan SMTK selaku menyandang johan pada tahun lepas peringkat daerah Kemaman membimbangkan pasukan lain. Pada tahun ini SMTK dibimbing oleh Encik Rameli Haji Daud, dibantu Encik Azhar Mat Nordin dan pengurus Encik Haizan Mamat.

Pasukan SMTK walaupun mencatatkan dua kemenangan bertutur-turut masih menampakkan beberapa kekurangan dan perlu diperbaiki segera untuk menghadapi perlawanan lain yang lebih sengit dan mencabar.

::Unit Kokurikulum SMT Kemaman ::

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

tahmiah smtk. teruskan perjuangan anda demi maruah bangsa kita.

9:51 AM  

Post a Comment

<< Home