AKTIVITI MINGGU INI


UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768

GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.

PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Saturday, May 27, 2006

SELAMAT PENGANTIN BARU HARTINI !


Kami seluruh warga SMTK ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kakitangan pejabat Hartini binti Mukhtar yang akan melangsungkan perkahwinan pada Ahad, 28 Mei 2006 bersamaan 30 Rabiul awal 1427 H dengan pasangannya Muhamad Amran bin Zakaria.

Kami mendoakan kebahagian Hartini dan semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. 'Selamat Berbahagia Tini'


JANJI DILAFAZ SEHIDUP SEMATI
DUA JIWA SATU HATI
IJAB BERSAKSI SEPASANG MERPATI
MOGA JANJI ERAT DITEPATI

Matt

Thursday, May 25, 2006

Hari Ucapan & penyampaian hadiah dan mesyuarat PIBG kali ke17

Tarikh:
Masa: 8.00pg - 2.00ptg
Aktiviti :
8.00pg - Pendaftaran Ibubapa
8.30pg - Mesyuarat PIBG kali ke17
10.00pg - Kedatangan YB En. Wan Ahmad Nizam b Wan Abd. Hamid (Adun Air Putih)
10.15pg - Majlis Penyampaian hadiah kali ke 16
1.30ptg - Upacara pecah tanah hentian ilmu
2.00ptg - Jamuan & Bersurai

Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

Jumlah keseluruhan gambar ialah 108 keping

Wednesday, May 24, 2006

Hari Ucapan & Penyampaian hadiah kali ke 16 dan Mesyuarat PIBG kali ke 17 Tahun 2006

Hari Ucapan & Penyampaian hadiah kali ke 16 dan Mesyuarat PIBG kali ke 17 Tahun 2006. Perasmian tapak hentian ilmu oleh YB En. Wan Ahmad Nizam bin Wan Abd Hamid AMT. PJK.
Tarikh : 25 Mei 2006
Masa : 9.00 pagi - 2.00 ptg

Dapatkan brosur majlis ini dibawah

Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

Brosur HUP&MesyPIBG01 Photobucket - Video and Image Hosting Brosur HUP&MesyPIBG02Photobucket - Video and Image Hosting

Cari Gambar 3D yg tersembunyi pada stereogram

Stereogram ialah gambar 3D yg tersembunyi disebalik gambar lain. Cuba cari gambar yg tersembunyi pada gambar dibawah


Jawapan

Kepada yg tidak berjaya melihat gambar tersebut. Klik pada tutorial disini atau 234

Maklumat Lanjut
Wikipedia - Stereogram
Magic eye image of the week
Netaxs.com stereogram examples
Eyetrick.com

Lihat Kehidupan sepasang burung secara live melalui webcam

Take a peek into the life of a birdfamily in Norway with a webcam. Today the first bird babies came out of the eggs and now they get fed by bird mum and bird dad. Look at them live here: http://littavalt.com/am/e107_plugins/custo...ekassenstor.php How cute!!!

ed: Gambar yg dipaparkan akan diperbaharui setiap 10 saat

SALAM BK DARI PUSAT SUMBER: BUKU-BUKU BARU DI PSS

Kepada seluruh warga SMTK, berikut ialah senarai buku -buku baru yang terdapat di perpustakaan sekolah:
1. Siri buku motivasi 'Dare to Fail' (10 buah) dalam bahasa Melayu dan inggeris
2. Kamus bergambar tentang ketenteraan seluruh dunia pada abad ke 20 (9 buah)
3. Buku-buku rujukan bagi matapelajaran kimia, fizik, matematik, matematik tambahan dan sains(semua penerbit di Malaysia)
4. Tokoh sains Islam (15 tokoh)

Sudi-sudilah berkunjung ke perpustakaan untuk mendapatkan sumber maklumat tidak kira yang berkaitan p & p atau yang berkaitan pengetahuan am

'Rajin Membaca Pasti Berjaya'

Sunday, May 21, 2006

Berita Pendidikan

Sekolah harapan negara
TUJUH sekolah dianugerahkan Sekolah Harapan Negara 2006 dalam kategori masing-masing sempena Hari Guru 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.[Utusan]

Teacher Recognition: Unsung heroes
Farad is amazed by the drive and creativity that teachers possess.
Young and driven teachers are not being recognised enough. The Smart Education Partnership consortium is doing its bit to give such teachers the credit they deserve[NST]

A Converstation with... : Charting the future of education[NST]

Students do nation proud in US science fair[Star]

FOMCA Dakwa Status Halal 70 Produk Meragukan
Status halal sejumlah 70 produk makanan dan minuman di dalam pasaran, termasuk yang dikeluarkan 22 pengeluar multinational didapati meragukan, menurut Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).[Bernama]

Pelajar Dipercayai Dalang Kejadian Cubaan Bakar Digantung Sekolah
Seorang daripada 10 pelajar yang dipercayai terbabit melakukan perbuatan khianat dengan membakar buku dan menconteng serta merosakkan kemudahan sekolah di Sekolah Menengah Mantin, dekat sini dua hari lepas, dikenal pasti sebagai dalang kejadian itu.[Bernama]

Tawaran Penempatan Segera Bagi Graduan Pendidikan
Kementerian Pelajaran membuat tawaran penempatan segera kepada graduan Sarjana Muda Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang masih belum menerima tawaran sebelum ini.[Bernama]

Pemilihan Bakal Guru Diperketatkan, Kata Hishammuddin
Pemilihan bakal guru akan diperketatkan dan hanya mereka yang menjadikan kerjaya itu sebagai pilihan utama sahaja akan dipilih, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.[Bernama]

Saturday, May 20, 2006

Apa yang terbaru

  1. Ruang Aktiviti mingguan (dibawah header 'banner').
  2. Kalender Hijrah - Masehi baru skrip dari islamicfinder.org.
  3. Skrip penukar tarikh hijrah - masehi (menu kanan).
  4. Menu baru -Multimedia , semua bahan berunsur multimedia seperti gambar klip, bunyi mp3-ra-wav-midi, video akan diletakkan diruang ini.
  5. Menu Tutorial (Tutorial berkenaan web, perisian & komputer diletakkan diruang ini)
  6. Enjin Carian baru - Islamic directory (Sesuai untuk mencari bahan multimedia berkaitan Islam.
  7. Pautan Ilmu (Dalam proses pembinaab) - Pautan berkenaan dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Sumbangan URL laman diperlukan. Cikgu boleh masukkannya pada ruang comment dibawah.

Friday, May 19, 2006

Khidmat Masyarakat oleh peserta PLKN

Tarikh : 10 Mei 2006
Masa : 9.00 pg - 12.30 tgh
Tempat : Dewan SMTK & Kawasan sekolah
Aktiviti : Ceramah oleh Ketua Jurulatih PLKN (Kem CRR) , taklimat 2 perserta PLKN & Kerja - kerja membersihkan kawasan sekolah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tukar Dari Tarikh Masehi ke Hijrah

Nak tahu tarikh lahir dalam hijrah? atau peristiwa - peristiwa penting dalam hijrah kepada tarikh masehi seperti hari kelahiran Nabi dll. Cikgu boleh gunakan skrip dibawah ini untuk mengetahuinya.
Caranya pilih hari, bulan dan taipkan tahun pada ruang yang disediakan. Seterusnya tekan butang tukar.

Maaf, skrip ini konflik dengan skrip laman utama, terpaksa dibuang. Sila klik pada gambar (pautan baru)dibawah (edit pada 24Mei 2006)



Sumber diperoleh dariClipart & gambar berkenaan islam boleh diperolehi disini

Thursday, May 18, 2006

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA BILIK SMTK

Pertandingan akhir telah diadakan pada 17.Mei. 2006. Bertempat di Padang bola SMTK antara Bilik 2 B melawan bilik 5 B. Kejohanan ini telah dimenangi oleh bilik 2 B.

Oleh: PK HEM

Kem Perkasa Daerah

Tarikh 22 Jun-24 Jun 2006 di SMT Kemaman. AJK peringkat sekolah akan ditubuhkan dan bermesyuarat pada 15 Jun 2006(Khamis). Semoga guru yang akan dilantik menganggotai AJK akan berkerja dengan penuh tanggung jawab dan membawa imej baik kepada sekolah.


Daripada,
pk 1

Tuesday, May 16, 2006

Selamat Menyambut hari Guru 2006

Cikgu....
Akulah yang kau pimpin dahulu
Melangkah dari teratak jahil itu
Meniti di titian ilmu

Belum puasku menghirup pengetahuan
Biarpun kini mendakap kejayaan

Sungguh.... tanpamu Cikgu
Siapalah aku
Justeru... kata ikhlasku
TERIMA KASIH CIKGU


Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Tahun 2006 : Pembestarian Sekolah Pemangkin Kegemilangan

Lagu Guru Malaysia

GURU MALAYSIA
Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan

Dengar nanyian lagu dengan vokal / minus one


Ikrar Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masayarakat
Dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prisip Rukun Negara
Pada setiap masa

Monday, May 15, 2006

Tutorial : Berinteraksi melalui Ruang Mari Borak

Kepada warga sekolah yg tak tahu menggunakan ruangan "chat" (menu kanan). Sila lihat langkah demi langkah(Screenshot) yang saya sertakan dibawah
Langkah 1
Masukkan nama (sebenar @ gelaran)
Langkah 2 : Taip mesej yang ingin disampaikan pada ruang "mesej"

Boleh masukkan "smiley" jika mahuLangkah 3 : Teks akan dipaparkan pada bahagian teratas.
Peringatan ! : JANGAN salah guna perkhimatan ini , harap maklum