AKTIVITI MINGGU INI


UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768

GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.

PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Thursday, July 19, 2007

Majlis Perpisahan Tuan Pengetua

Tarikh : 19 Julai 2007
Hari : khamis
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Wawasan

Jamuan : Holiday Villa cherating (2.oo ptg)

Tuesday, May 15, 2007

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Tarikh : 16 Mei 2007
Masa : 7.30 pagi - 1.45 tgh
Tempat : Dewan Wawasan & Padang Sekolah

Aturcara :



Sukaneka
-Isi air dalam botol
-Epal angkasa
-Pancing tin
-Mumia siber
-Hujan Maut
-Bawa bola dengan gelung
-Kaki empat
-Anyam ketupat

Selamat Hari Guru

Kami, warga SMT Kemanan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia, dengan ucapan terima kasih kerana telah membimbing kami selama ini. Jasa dan bakti guru-guru semua tidak dapat kami lupakan sepanjang hayat.


Tema hari guru tahun 2007 : -
"Guru Penjana Modal Insan Cemerlang"

Sunday, May 13, 2007

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun

MINGGU KE-2 (13MEI - 17MEI)
Tingkatan 4



Tingkatan 5

Tuesday, May 08, 2007

Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun

Minggu Pertama: 08-10 Mei 2007
Tingkatan 4


Tingkatan 5

Nota: Guru-guru sebelum & selepas waktu rehat perlu mengawasi kelas pada masa rehat sewaktu peperiksaan berlangsung

Sunday, April 08, 2007

Majls Sambutan Maulidur RasulPeringkat Sekolah Tahun 2007 / 1428H

Tarikh: 8 April 2007
Hari: Ahad
Masa:7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Padang SMTK

Aktiviti:
7.30 - Para Pelajar & Guru berkumpul di padang SMTK
8.00 - Perarakan bermula
10.00 - Bersurai & Rehat
10.30 - Ceramah agama (Dewan Wawasan)
12.00 tgh - Bersurai & jamuan, kelas seperti biasa

Wednesday, April 04, 2007

Mesyuarat Guru

Tarikh :4 April 2007
Masa: 1.50 petang
Hari :Rabu
Tempat: Bilik mesyuarat

Kehadiran adalah diwajibkan, harap maklum

Sunday, April 01, 2007

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabi'ul Awal 1428H / 31 Mac 2007


Kepada semua warga SMT Kemaman, selamat menyambut Maulidur Rasul 1428H / 31 Mac 2007. Selawat dan Salam Keatas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. Panjatkan doa kepada Baginda agar Baginda mengurniakan syafaat kepada semua umat Islam di akhirat kelak.

Info

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga." Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam."

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. lagi (wikipedia)