AKTIVITI MINGGU INI


UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768

GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.

PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Monday, November 27, 2006

Monsoon Cup Terengganu 2006



Persekitaran Pulau Duyong, terengganu dari 29 Nov - 2 Dec 2006
http://www.monsooncup.com.my/

Wednesday, November 22, 2006

Peperiksaan SPM 22-30 November 2006


Tuesday, November 21, 2006

Peperiksaan SPM Hari Ketiga : 21 November 06

Kertas peperiksaan pada hari ini : Selasa, 21 November 2006

Monday, November 20, 2006

Peperiksaan Hari Kedua : 20 November 06

Kepada pelajar aliran teknik diucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM pada hari pertama.
Kertas Peperiksaan pada hari ini : Isnin, 20 November 2006

Wednesday, November 15, 2006

SALAM BK DARI PUSAT SUMBER : SALAM TERAKHIR

ASSALAMULAIKUM WBR

Kepada seluruh warga SMTK, saya dedikasikan sajak berikut untuk anda

Betapa ....
Akan kita tinggalkan sebuah pertemuan
yang bakal hilang dimamah rakus oleh putaran waktu
segalanya hanya tercatat dalam diari kehidupan
tentang kita yang sama-sama meniti puncak kejayaan

Sesekali tersungkur dan bangun kembali
adalah lumrahnya
Andainya Tuhan mengizinkan
Dan kita bisa berbicara buat seketika
Akan kuluahkan
Anak-bangsaku sedarlah ......

Dunia ini makin penghujungnya
dan hari - hari mendatang adalah cabaran
kemanisan hidup bukan milik kita
jika tanpa usaha

Semalam .....
Tinggallah kenangan
dan noktahnya belum berakhir buat kita

Mohamad bin Awang
SMTK
15.1 2002 - 16.11.2006

Tuesday, November 14, 2006

Selamat menduduki Peperiksaan SPM 2006

Warga SMT Kemaman mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar SMT Kemaman yang menghadapi peperiksaan SPM bermulai hari ini.










KodKertas
Masa
Tempoh
8811/1
8814/1
8817/1
8820/1
8823/1
8826/1
8829/1
Teknologi Bengkel Mesin
Teknologi Binaan Bangunan
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
Teknologi Automotif
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
8.00 - 11.00
3 Jam

Jadual Peperiksaan Boleh di muat turun dilaman web Lembaga peperiksaan Malaysia (LPM). Jadual SPM 2006.pdf (15.9kb).
Panduan Kepada Calon-calon SPM / Tips Menghadapi Peperiksaan
1) Bersedia dari awal
Bersedia dengan ulangkaji dari awal dan elakkan belajar di minit terakhir. Jangan sehingga tidak tidur di malam menjelang peperiksaan. Hentikan belajar sejam sebelum peperiksaan untuk merehatkan minda anda dan mendapatkan keyakinan.

2) Ketahui Masa dan Tempat
Anda perlu mengetahui masa dan tempat peperiksaan, peralatan peperiksaan dsb. Tepati masa, jangan terlalu awal dan jangan terlalu lewat. Elakkan berada di dalam keadaan tergesa-gesa kerana ia akan memberikan anda tekanan.

3) Jangan berbincang berkenaan peperiksaan
Elakkan berbincang mengenai peperiksaan di minit terakhir untuk elakkan tekanan & kegelisahan.

4) Rancang cara menjawab
Baca keseluruhan soalan secara ringkas, dapatkan gambaran soalan, tentukan fakta-fakta penting di setiap soalan, tetapkan masa untuk setiap soalan, tentukan soalan mana hendak dijawab dahulu dsb.

5) Bertanya jika ada kemusykilan
Jangan malu untuk bertanya jika terdapat kemusykilan berkenaan arahan dan prosedur menjawab soalan.

6) Wujudkan keyakinan dalam diri
Yakinkan diri anda bahawa anda boleh berjaya tetapi salam masa yang sama terimalah apa yang mampu anda ingat pada masa itu. Gunakan sepenuh pengetahuan anda untuk menjawab tetapi jangan salahkan diri anda jika anda gagal menjawab atau tidak tahu.

7) Rileks dan tumpukan perhatian
Jika tidak tahu menjawab sesuatu soalan, pergi ke soalan lain. Rileks dan tarik nafas perlahan-lahan dan tumpukan konsentrasi. Ia akan dapat mengurangkan tekanan anda. Tumpukan perhatian pada soalan, jangan buang masa anda dengan kerisauan yang merugikan anda.
Sumber : www.laman-map.com

Sunday, November 12, 2006

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

Tarikh Akhir Menghantar Markah Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 ialah pada atau Sebelum
15 November 2006
Diharap semua guru menetapi masa untuk kebaikan bersama. Kerjasama semua diucapkan Terima Kasih

Berita Pendidikan (28 Oktober - 12 November)

Sunday, November 05, 2006

Serangan Virus Terbaru (RavMonE.exe, Backdoor.Rajump virus)

Image Hosted by ImageShack.us
PERHATIAN, kepada semua pengguna PC sekolah, baru2 ini VIRUS baru ( RavmonE.exe / Backdoor.Rajump) telah dikenalpasti & merebak melalui pemindahan melalui tumbdrive.
Semua pengguna2 PC perlu muat turun program dibawah dan scan sebelum terlambat.

http://download.nai.com/products/mcafee-avert/QQPass-RjumpStinger.zip


Virus ini akan menyebabkan sistem PC menjadi sangat lambat & boleh dicerobohi dengan mudah oleh penggodam (hacker). Sangat bahaya kepada pengguna2 "online banking"

Kaedah pencegahan kategori virus ini : Offkan "autoplay" untuk " drive tumbdrive". Caranya boleh dirujuk pada pautan dibawah.

http://tinybox.bravehost.com/OffAutoplay.html

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya : Cg Shukri

Harap maklum.