AKTIVITI MINGGU INI


UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768

GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.

PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Saturday, March 04, 2006

Kes pelajar perempuan serang guru disiasat

JOHOR BAHRU 3 Mac - Kes seorang pelajar perempuan menyerang dua gurunya di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah, Rabu lalu, akan disiasat oleh sebuah jawatankuasa tetap yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jawatankuasa itu yang dianggotai oleh wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) ditubuhkan selepas berlakunya beberapa kes buli pelajar sekolah di negara ini.

``Kementerian menyerahkannya kepada jawatankuasa berkenaan untuk menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

``Jawatankuasa itu diselia oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Bestari Johor, anjuran Kumpulan Utusan di Plaza Angsana di sini hari ini.

Jawatankuasa itu ditubuhkan selepas kes buli membabitkan pelajar asrama sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan, Allahyarham Muhammad Farid Ibrahim dan Sekolah Menengah Agama (SMA), Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang yang mengakibatkan mangsa, Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, 14, hampir lumpuh.

Menurut Hishammuddin, jawatankuasa tetap itu memberi perhatian kepada aduan dan masalah berkaitan dengan disiplin dan keselamatan sekolah.

Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas mengenai kes terbaru seorang pelajar tingkatan tiga yang mengikuti kelas pendidikan khas mengoyakkan kertas soalan ujian di depan gurunya sebelum menendang perut guru perempuan berkenaan.

Pelajar itu pada mulanya bertanyakan sesuatu mengenai soalan kertas ujian mata pelajaran Sains dan Bahasa Melayu yang tidak difahaminya kepada guru perempuan itu.

Ketika dibawa bertemu guru disiplin, pelajar terbabit cuba menumbuk muka guru disiplin itu, tetapi sempat dielak.

Bagaimanapun, pelajar itu dapat merampas cermin mata guru disiplin terbabit dan menghempaskannya ke lantai hingga pecah.

Hishammuddin berkata, siasatan mengenai semua aduan dan kes membabitkan buli antara pelajar dan serangan pelajar atau guru diserahkan kepada jawatankuasa itu sebelum kementerian membuat keputusan terhadap mereka terlibat. (Utusan Malaysia)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home