Puisi Sempena Hari Ibu
Buat ibu..
ingin ku kalungkan,
selembar budi untuk mu,
dan selingkar doa nan hakiki.
Ibu..
yang putih dari urai rambutmu,
yang bersih dari jantung hatimu,
yang teguh memegang tali kasih,
yang setia menanti dalam mentari..
adalah dirimu.
Jari-jemarimu ku jabat mesra,
tubuhmu ku dakap erat,
atas nama pinta maaf,
kerana cinta ku pada mu..
Menitis air mata kasih,
jatuh di telaga hatimu,
lalu sepanjang kehidupan ini,
harapan tulus dibungakan,
wahai ibuku,
betapa aku menghargai..
pengorbananmu untuk diriku..
sesungguhnya kaulah insan ..
yang penuh kecintaan.
Terima kasih ibu..
terima kasih atas tangismu,
terima kasih atas sabarmu,
terima kasih atas setiamu,
terima kasih jua atas sedarmu.
Kaulah insan itu,
yang ku seru dalam sayang,
dan yang tetap beradu dalam sanubariku.
dan ketahuilah ibu..
kerana budi dan kasihmu,
menilai diri dan peribadi..
Semua dosa Allah tangguhkan balasannya menurut kemahuan-Nya sehingga Hari Kiamat, kecuali dosa menderhakai kepada ibubapa; Allah menyegerakan pembalasannya, semasa hidup dan sebelum mati. - maksud Hadith .
Dipetik dari Sinar.fm
0 Comments:
Post a Comment
<< Home