AKTIVITI MINGGU INI


UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768

GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.

PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Saturday, June 10, 2006

SALAM BK DARI PSS; SEBUAH CERITA


Pada zaman dahulu di sebuah negeri yang jauh, tinggal sepasang sahabat, Sang Semut dan Sang Belalang. Kedua-dua sahabat ini sering minum-minum dan menari bersama hingga larut malam.Pada ketika itu, musim bunga sedang berlangsung. Bunga-bunga berkembang mekar, beburung menyanyi lagu rindu, mentari bersinar riang dan rezeki melimpah ruah. Pendek kata segalanya begitu menyenangkan ketika musim bunga sedang bersemi.
Masa terus berlalu dan musim bunga digantikan dengan musim panas. Pada suatu hari Sang semut mula berhenti menari-nari dan mulai bekerja. Sahabatnya Sang Belalang terus minum-minum dan menari sepanjang hari. Perlahan-lahan matahari mula menyembunyikan dirinya dan musim panas bertukar menjadi musim luruh. Sang Semut bekerja dengan lebih gigih lagi kerana Sang Semut sedar musim sejuk bakal menjelang. Sahabatnya masih kekal dengan tabiat lamanya dan terus berhibur. Sesekali apabila berjumpa Sang Semut cuba menasihati sahabatnya agar mula bekerja. Teguran Sang Semut tidak dipedulikan oleh Sang Belalang.
Musim gugur mulai tiba dan daun-daun mula berjatuhan ke bumi. Sang Semut bekerja dengan lebih keras ketika ini tetapi Sang Belalang masih bersukaria. Akhirnya salji mula turun dan dan kedinganan meyelubungi suasana.

Pada suatu malam selepas menikmati makan malam, Sang Semut duduk bersantai di atas sofa di samping pendiangan, sambil menghirup kopi panas dan menikmati rancangan hiburan kegemarannya di tv. Di luar salji turun semakin lebat. Tiba-tiba terdengar sebuah ketukan yang kuat di daun pintu rumahnya... tok! tok! Sang semut menengadah dan ah..... terpandangkan sahabat karibnya Sang Belalang, mengigil kesejukan dan kelaparan

( Cerita ini berhenti di sini buat seketika. Sila tulis apa yang anda fikirkan berlaku selepas ini dan lengkapkan cerita ini dengan menghantar komen anda. Bersikap jujurlah!)


Penyelaras PSS

0 Comments:

Post a Comment

<< Home