AKTIVITI MINGGU INI


UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768

GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.

PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Tuesday, August 15, 2006

Untuk Renungan Bersama : Aku Bangga Menjadi Guru

aku terasa sungguh bangga...
menjadi seorang guru biasa...
yang mengajar di hujung desa...
yang anak muridnya.....kelompok tidak berharta....

manalah mereka ada duit...
untuk membayar tuition.....
mereka cuma harapkan...
khidmat ..dan keringat guru semata.....

tapi sayang..sungguh sayang..
ada guru..seagama ..sebangsa....
sanggup mengajar..sambil lewa...
sedangkan murid..begitu dahagakan....ilmu...

dalam serba kekurangan..
murid mengharap guru tercinta..
mencurahkan bakti kepada mereka
tetapi guru.......
apakan daya....
sesetengahnya lebih pentingkan harta..
mengajar hanya jika dibayar...mengikut jam dan masa

mereka sanggup mengajar...
anak bukan sebangsa..
hanya kerana seringgit dua..
yang ditinggalkan..apabila masuk ke pusara...

ingatlah wahai guru seangkatanku..
kita mengajar tak kira waktu..
biar dibayar tidak seberapa..
tetapi Allah takkan lupa.....
pada jasa yang dicurah..kepada anak bangsa...

sesungguhnya...mengajarlah dengan ikhlas...
agar redha Allah membalas..
pahala kita ..yang Allah kurnia..
sesungguhnya untuk bekalan kita di sana...

Amin....

dipetik dari anuarbakri weblog

0 Comments:

Post a Comment

<< Home