AKTIVITI MINGGU INI


UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768

GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.

PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Wednesday, September 27, 2006

Soalan Pep. Percubaan MRSM online

Soalan Peperiksaan Percubaan MRSM dari tahun 2000-2006 boleh diperoleh di laman web berikut
http://www.mara.gov.my/Bpm/kertas_periksa/menu_paper.htm





Senarai Mata pelajaran yang ada :-
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Matematik Tambahan
  5. Fizik
  6. Kimia
  7. Biologi
  8. Sejarah
  9. Pendidikan Agama Islam
  10. English in Science & Technology
  11. Prinsip Akaun
  12. Tasawwur
Soalan yg dalam bahasa melayu & bahasa Inggeris (2006 shj). Kesemua fail yang ada dalam format pdf.
Home

Kakitangan Akademik SMT Kemaman Tahun 2006

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sunday, September 24, 2006

OTI4 - Jadual Waktu Tambah Nilai

TARIKHMATA PELAJARANWAKTUMASA
Isnin
(25.09.06)
Bahasa Melayu I
Bahasa Melayu II
8.00-10.15
11.40-2.10
2 1/4
2 1/2
Selasa
(26.9.06)
Bahasa Inggeris I
Bahasa Inggeris II
8.0-9.45
11.55-2.10
1 3/4
2 1/4
Rabu
(27.9.06)
Matematik I
Matematik II
Sejarah I
8.00-10.30
11.00-12.15
1.10-2.10
2 1/2
1 1/4
1
Khamis
(28.9.06)
Sejarah II
Matematik Tambahan I
8.30-11.00
11.40-2.10
2 1/2
2 1/2
Ahad
(1.10.06)
Matematik Tambahan II
Sains 2
EST 1
Fizik 1
Sains 1
8.15-10.15
8.15-10.45
11.00-12.15
12.55-2.10
2
2 1/2
1 1/4
1 1/4
Isnin
(2.10.06)
Fizik 2
EST 2
Fizik 3
8.00-10.30
11.00-12.00
12.40-2.10
2 1/2
1
1 1/2
Selasa
(3.10.06)
Kimia 2
Kimia 1
Kimia 3
8.00-10.30
11.00-12.15
12.40-2.10
2 1/2
1 1/4
1 1/2
Tarikh Akhir Menghantar Markah ialah pada atau Sebelum
10 Oktober 2006

Saturday, September 23, 2006

Selamat menyambut Puasa Ramadhan










Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Sumber Bacaan mengenai Puasa & Bulan Ramadhan
Sumber diambil dari : Syukur.com , Sabah.org & Pusat Kesihatan USM

Sunday, September 17, 2006

Portal SMTK Berwajah Baru

Portal SMT Kemaman sedang diubah suai untuk maksimakan ruang yg ada. Buat masa ini, portal dalam proses pembinaan. Proses pengubahsuai menyebabkan ada ralat & pepijat (bug) semasa melayari portal ini.

Apa yg telah diubah
  • Gambar Latar (background) baru
  • Template 3 kolum (column)
  • Jam flash bersaiz besar (250x250 px)
  • Header yg lebih besar
Dalam proses pengubahsuaian
  • Saiz & font tulisan
  • Warna tulisan
  • Hiper rangkaian Mata pelajaran (skrip CSS) edit : Sudah Siap
  • Banner utama (flash)
  • Kemaskini pautan2 lain yang tidak berfungsi
  • Kemaskini skrip2 lain yang tidak berfungsi

(Latar belakang baru)
Harap maklum

Wednesday, September 13, 2006

Hari Kokurikulum

Tarikh :
Aktiviti :
Hari pertama -
1) Pameran
2) Perkhemahan Bersepadu
Hari Kedua -
3) Pertandingan Kawad Kaki
4) Ceramah pertolongan cemas
5) Malam kebudayaan
Hari ketiga -
6) Pertandingan Roket air
7) Pertandingan Memasak & Gubahan
8) Kuiz
9) Majlis Penyampaian Hadiah & Penutup

Hari Pertama :(Khamis)
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hari Kedua:(Jumaat)











Gambar pada hari ketiga(sabtu)