AKTIVITI MINGGU INI


UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768

GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.

PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Tuesday, November 14, 2006

Selamat menduduki Peperiksaan SPM 2006

Warga SMT Kemaman mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar SMT Kemaman yang menghadapi peperiksaan SPM bermulai hari ini.










KodKertas
Masa
Tempoh
8811/1
8814/1
8817/1
8820/1
8823/1
8826/1
8829/1
Teknologi Bengkel Mesin
Teknologi Binaan Bangunan
Teknologi Elektrik
Teknologi Elektronik
Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
Teknologi Automotif
Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
8.00 - 11.00
3 Jam

Jadual Peperiksaan Boleh di muat turun dilaman web Lembaga peperiksaan Malaysia (LPM). Jadual SPM 2006.pdf (15.9kb).
Panduan Kepada Calon-calon SPM / Tips Menghadapi Peperiksaan
1) Bersedia dari awal
Bersedia dengan ulangkaji dari awal dan elakkan belajar di minit terakhir. Jangan sehingga tidak tidur di malam menjelang peperiksaan. Hentikan belajar sejam sebelum peperiksaan untuk merehatkan minda anda dan mendapatkan keyakinan.

2) Ketahui Masa dan Tempat
Anda perlu mengetahui masa dan tempat peperiksaan, peralatan peperiksaan dsb. Tepati masa, jangan terlalu awal dan jangan terlalu lewat. Elakkan berada di dalam keadaan tergesa-gesa kerana ia akan memberikan anda tekanan.

3) Jangan berbincang berkenaan peperiksaan
Elakkan berbincang mengenai peperiksaan di minit terakhir untuk elakkan tekanan & kegelisahan.

4) Rancang cara menjawab
Baca keseluruhan soalan secara ringkas, dapatkan gambaran soalan, tentukan fakta-fakta penting di setiap soalan, tetapkan masa untuk setiap soalan, tentukan soalan mana hendak dijawab dahulu dsb.

5) Bertanya jika ada kemusykilan
Jangan malu untuk bertanya jika terdapat kemusykilan berkenaan arahan dan prosedur menjawab soalan.

6) Wujudkan keyakinan dalam diri
Yakinkan diri anda bahawa anda boleh berjaya tetapi salam masa yang sama terimalah apa yang mampu anda ingat pada masa itu. Gunakan sepenuh pengetahuan anda untuk menjawab tetapi jangan salahkan diri anda jika anda gagal menjawab atau tidak tahu.

7) Rileks dan tumpukan perhatian
Jika tidak tahu menjawab sesuatu soalan, pergi ke soalan lain. Rileks dan tarik nafas perlahan-lahan dan tumpukan konsentrasi. Ia akan dapat mengurangkan tekanan anda. Tumpukan perhatian pada soalan, jangan buang masa anda dengan kerisauan yang merugikan anda.
Sumber : www.laman-map.com