AKTIVITI MINGGU INI


UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768

GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.

PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Saturday, March 18, 2006

Salam BK dari Pusat Sumber : Selamat Kembali

Kepada seluruh warga SMTK selamat kembali ke sekolah. Semoga kita semua kembali dengan semangat dan tekad baru. Kepada pelajar tingkatan lima, bersedialah untuk menghadapi OTI 1 dan Ujian Setara JPT. Cuti pertengahan penggal yang baru berlalu seharusnya digunakan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji pelajaran di samping bercuti serta membantu ibu bapa di rumah.

Sesungguhnya kejayaan dalam SPM 2006 bergantung kepada sejauh mana persedian yang telah pelajar lakukan. Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Setiap kejayaan dalam apa jua bidang sekalipun hasil daripada kerja keras dan latihan yang berterusan.

Pusat Sumber Sekolah bersedia membantu pelajar dalam membuat persediaan untuk peperiksaan. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar segala kemudahan yang disediakan dimanfaatkan sepenuhnya oleh warganya. Saya menyeru agar para pelajar menjadikan Pusat Sumber sebagai rakan pembelajaran anda. Sentiasalah berkunjung ke Pusat Sumber. "Kami menanti kunjungan anda"
"PERSEDIAN RAPI KEJAYAAN SEJATI"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home