AKTIVITI MINGGU INI


UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768

GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.

PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Friday, March 10, 2006

4,779 calon SPM 2005 dapat A semua mata pelajaran

PUTRAJAYA 9 Mac - Seramai 4,779 daripada 438,132 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 945 calon memperoleh A1 dalam semua mata pelajaran sementara selebihnya memperoleh gabungan A1 dan A2 dalam peperiksaan tersebut.

``Daripada jumlah ini, 91.1 peratus telah lulus dan berjaya memperoleh sijil SPM. Saya bangga dengan pencapaian kali ini,'' katanya selepas mesyuarat pasca-Kabinet di kementeriannya di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Ahamad Sipon akan mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2005 di sini, Isnin ini.

Selain SPM, keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan di Ibu Pejabat Majlis Peperiksaan Malaysia di Selayang, Selangor pada 16 Mac ini.

Hishammuddin berkata, prestasi pelajar di luar bandar juga memuaskan.

Mengenai pencapaian mata pelajaran katanya, Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan 3.2 peratus manakala yang lain seperti Matematik, Sains dan Biologi turut meningkat.

Bagaimanapun jelas Hishammuddin, terdapat kemerosotan pada mata pelajaran Bahasa Cina, Pengkomputeran dan Matematik. [Utusan Malaysia Online]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home