Selamat Menyambut hari Guru 2006
Akulah yang kau pimpin dahulu
Melangkah dari teratak jahil itu
Meniti di titian ilmu
Belum puasku menghirup pengetahuan
Biarpun kini mendakap kejayaan
Sungguh.... tanpamu Cikgu
Siapalah aku
Justeru... kata ikhlasku
TERIMA KASIH CIKGU
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Tema Tahun 2006 : Pembestarian Sekolah Pemangkin Kegemilangan
Lagu Guru Malaysia
GURU MALAYSIA
Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan
Dengar nanyian lagu dengan vokal / minus one
Ikrar Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masayarakat
Dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prisip Rukun Negara
Pada setiap masa
Edisi Khas hari Guru Cikgu.net
Laman web rasmi khas Hari Guru KPM
Wikipedia - Haru Guru di Malaysia
Mahu Hantarkan Kad ucapan digital, Klik disini (Karangkraf) / (Cikgu.net)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home