AKTIVITI MINGGU INI
UNTUK PAPARAN TERBAIK, SILA GUNAKAN MOZILLA FIREFOX 1.50 KEATAS DGN SKRIN 1024x768
GURU-GURU YG MAHU MENYUMBANG MAKLUMAT & PENGUMUMAN KE PORTAL INI BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA; CIKGU SHUKRI.
PERHATIAN : KEPADA BEKAS PELAJAR SMT KEMAMAN, ANDA BOLEHLAH MELAYARI LAMAN FORUM ALUMNI SMT KEMAMAN YG DISEDIAKAN. FORUM INI DIBINA BERTUJUAN SEBAGAI WADAH PENGHUBUNG ANTARA WARGA SEKOLAH & ALUMNI. GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.
Monday, November 27, 2006
Wednesday, November 22, 2006
Tuesday, November 21, 2006
Monday, November 20, 2006
Wednesday, November 15, 2006
SALAM BK DARI PUSAT SUMBER : SALAM TERAKHIR
ASSALAMULAIKUM WBR
Kepada seluruh warga SMTK, saya dedikasikan sajak berikut untuk anda
Betapa ....
Akan kita tinggalkan sebuah pertemuan
yang bakal hilang dimamah rakus oleh putaran waktu
segalanya hanya tercatat dalam diari kehidupan
tentang kita yang sama-sama meniti puncak kejayaan
Sesekali tersungkur dan bangun kembali
adalah lumrahnya
Andainya Tuhan mengizinkan
Dan kita bisa berbicara buat seketika
Akan kuluahkan
Anak-bangsaku sedarlah ......
Dunia ini makin penghujungnya
dan hari - hari mendatang adalah cabaran
kemanisan hidup bukan milik kita
jika tanpa usaha
Semalam .....
Tinggallah kenangan
dan noktahnya belum berakhir buat kita
Mohamad bin Awang
SMTK
15.1 2002 - 16.11.2006

Tuesday, November 14, 2006
Selamat menduduki Peperiksaan SPM 2006
Warga SMT Kemaman mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar SMT Kemaman yang menghadapi peperiksaan SPM bermulai hari ini.
Jadual Peperiksaan Boleh di muat turun dilaman web Lembaga peperiksaan Malaysia (LPM). Jadual SPM 2006.pdf (15.9kb).
Panduan Kepada Calon-calon SPM / Tips Menghadapi Peperiksaan
Kod | Kertas | Masa | Tempoh |
8811/1 8814/1 8817/1 8820/1 8823/1 8826/1 8829/1 | Teknologi Bengkel Mesin Teknologi Binaan Bangunan Teknologi Elektrik Teknologi Elektronik Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam Teknologi Automotif Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara | 8.00 - 11.00 | 3 Jam |
Jadual Peperiksaan Boleh di muat turun dilaman web Lembaga peperiksaan Malaysia (LPM). Jadual SPM 2006.pdf (15.9kb).
Panduan Kepada Calon-calon SPM / Tips Menghadapi Peperiksaan
1) Bersedia dari awal
Bersedia dengan ulangkaji dari awal dan elakkan belajar di minit terakhir. Jangan sehingga tidak tidur di malam menjelang peperiksaan. Hentikan belajar sejam sebelum peperiksaan untuk merehatkan minda anda dan mendapatkan keyakinan.
2) Ketahui Masa dan Tempat
Anda perlu mengetahui masa dan tempat peperiksaan, peralatan peperiksaan dsb. Tepati masa, jangan terlalu awal dan jangan terlalu lewat. Elakkan berada di dalam keadaan tergesa-gesa kerana ia akan memberikan anda tekanan.
3) Jangan berbincang berkenaan peperiksaan
Elakkan berbincang mengenai peperiksaan di minit terakhir untuk elakkan tekanan & kegelisahan.
4) Rancang cara menjawab
Baca keseluruhan soalan secara ringkas, dapatkan gambaran soalan, tentukan fakta-fakta penting di setiap soalan, tetapkan masa untuk setiap soalan, tentukan soalan mana hendak dijawab dahulu dsb.
5) Bertanya jika ada kemusykilan
Jangan malu untuk bertanya jika terdapat kemusykilan berkenaan arahan dan prosedur menjawab soalan.
6) Wujudkan keyakinan dalam diri
Yakinkan diri anda bahawa anda boleh berjaya tetapi salam masa yang sama terimalah apa yang mampu anda ingat pada masa itu. Gunakan sepenuh pengetahuan anda untuk menjawab tetapi jangan salahkan diri anda jika anda gagal menjawab atau tidak tahu.
7) Rileks dan tumpukan perhatian
Jika tidak tahu menjawab sesuatu soalan, pergi ke soalan lain. Rileks dan tarik nafas perlahan-lahan dan tumpukan konsentrasi. Ia akan dapat mengurangkan tekanan anda. Tumpukan perhatian pada soalan, jangan buang masa anda dengan kerisauan yang merugikan anda.
Sumber : www.laman-map.com

Sunday, November 12, 2006
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4
Tarikh Akhir Menghantar Markah Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 ialah pada atau Sebelum
15 November 2006
Diharap semua guru menetapi masa untuk kebaikan bersama. Kerjasama semua diucapkan Terima Kasih
15 November 2006
Diharap semua guru menetapi masa untuk kebaikan bersama. Kerjasama semua diucapkan Terima Kasih
Berita Pendidikan (28 Oktober - 12 November)
- K'jaan T'ganu Akan Roboh Stadium Sultan Ismail
- Kementerian Pelajaran Umum Penggal Persekolahan 2007
- Tak Benar 242,195 Pelajar Menengah Tercicir - Noh
- Sultan Mizan, Yang di-Pertuan Agong Yang Baru
- Sultan Terengganu Dipilih Yang di-Pertuan Agong Ke-13
- SATU Belum Cadang Naikkan Tarif Air Di Terengganu
- T'ganu Peruntuk RM20 Juta Latih Belia Lepasan SPM
- Tukar Sistem Hafalan - Najib
- Forum Ponteng Oleh Majlis Peguam 11 Nov
- Pejuang Bahasa Tolak Penggunaan BI Dalam Pembelajaran Sains Dan Matematik
- Keputusan Mengenai Dasar PSMI Pada 2008, Kata Hishammuddin
- Seramai 416,717 Calon Duduki SPM Mulai 14 Nov
- Keputusan UPSR Diumum 16 Nov
- Lepasan PMR dibantu pilih aliran sesuai
- Jadual SPM hadkan masa calon
- Pusat sumber mesti utama ICT
- Bahasa rojak punca kualiti BM merosot
Sunday, November 05, 2006
Serangan Virus Terbaru (RavMonE.exe, Backdoor.Rajump virus)
PERHATIAN, kepada semua pengguna PC sekolah, baru2 ini VIRUS baru ( RavmonE.exe / Backdoor.Rajump) telah dikenalpasti & merebak melalui pemindahan melalui tumbdrive.
Semua pengguna2 PC perlu muat turun program dibawah dan scan sebelum terlambat.
http://download.nai.com/products/mcafee-avert/QQPass-RjumpStinger.zip
Virus ini akan menyebabkan sistem PC menjadi sangat lambat & boleh dicerobohi dengan mudah oleh penggodam (hacker). Sangat bahaya kepada pengguna2 "online banking"
Kaedah pencegahan kategori virus ini : Offkan "autoplay" untuk " drive tumbdrive". Caranya boleh dirujuk pada pautan dibawah.
http://tinybox.bravehost.com/OffAutoplay.html
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya : Cg Shukri
Harap maklum.